Nuffnang Ads

Thursday, November 3, 2011

Dugaan yang lalu adalah utk Hikmah Hari Ini.

Baru-baru ni aku agak serabut...iyelah roadtax insurans nak tarikh tamat dah, nak kena renew dan perlukan ongkos! Sepatutnya bila pakai kereta ni kenalah ada duit spare dalam tangan sebab nanti apa2 hal tak perlu risau sangat, sebabkan tu aku main kut @ kutu semata2 utk bayar roadtax insuran ni, tapi tersilap bajet time la plak...dapat bulan depan, roadtax aku mati bulan ni..manalah nak korek duit? Nak pinjam aku malu...lagipun aku tak suka harapkan makhluk...aku bertawakkal sajalah pada Allah sambil2 tu berdoa sepenuh hati mintak Allah permudahkan urusanku ni.

Tahun sudah ingat tak peristiwa keta aku kena hempap pokok? Dan dengan pertolongan Allah jualah aku boleh claim insuran utk keta aku tu, peristiwa tu jadi bulan Oktober tahun lalu, dah setahun lebih dah..tapi memang duit claim aku belum dapat lagi walaupun dah lama. Aku bajet boleh dapat awal la..tapi ternyata Allah ada rancangannya yg tersendiri utk aku. Kalaulah pokok tu tak hempap keta aku, may b aku xpayah claim apa2..tapi tiba2 ja jd perkara ni...dapat lihat tak hikmahnya?

Bulan ni jugaklah aku dapat duit claim insuran tu..kiranya dapatlah aku bayar roadtax insuran aku guna duit tu..Alhamdulillah...Allah sememangnya dah tahu apa yg akan berlaku dimasa hadapan...dan kerana itulah dia menguji aku pada tahun lalu. Kalau tak mestila aku dalam kesusahan...masa berfikir kat mana nak cari duit, aku mmg bertawakal sepenuhnya pada Allah kerana aku mmg tak mahu harapkan pertolongan makhluk. Bila kita harapkan Allah sepenuhnya..pasti...pasti Allah akan tolong kita!

Aku yakin...Allah sentiasa mendengar doa dan harapan setiap hambanya.

2 comments:

idasm said...

usaha dan tawakkal pasti ada ganjarannya. syukur Allah permudahkan jalan buat intan...

Marzalina said...

kak ida, terima kasih...insyaallah intan akan terus berdoa dan tawakkal pd Allah.