Hari Jumaat haritu kali kedua aku mc sejak aku kerja kat USM ni. Memang aku tak sihat sangat2...teringat pulak aku baru saja kehilangan jiran, semoga Allah merahmati rohnya. Tiba-tiba saja aku bangun pagi untuk solat subuh..adik aku cakap Tok Su dah meninggal semalam. Aku terpinga-pinga...betulkah? Anara rasa percaya dengan tidak...tetapi itulah hakikatnya. Setiap yg hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya.
Rasa sayu menyelubungi hati aku...terbayang di mata aku wajah tua yg penuh kasih sayang tu. Walaupun aku bukanlah jiran yg rapat..dan jenis duduk dalam rumah aja..tapi aku suka sangat tengok wanita tua yg kami panggil tok su. Bila tengok dia...aku terus akan teringat arwah tok aku. Lagipun tok su ni bagi aku baik sangat....dia selalu senyum kat aku bila nampak aku, selalu jugak bila waktu aku balik kerja atau nak pi kerja...bila dia ada depan rumah dia, dia akan angkat tangan lambai aku.
Cucu-cucu dia memang ramai. Dia sellau duduk depan rumah dia dan tengok anak cucu dia main bola. Kadang-kadang, dalam usia dia yg dah senja tu...dia masih kelihatan kuat berjalan. Dia akan datang ke rumah aku panggil mak aku...suara dia tu best sangat kalau dengar..serak-serak basah..dia akan panggil.."Ela...oh ela...ela..."
Dia panggil mak aku ela.....kami akan senyum gelihati bila dengar dia panggil ela...sebab nama mak aku Lela. Kadang-kadang dia datang tu sebab nak mintak tolong mak aku mesinkan nyok kat dia. Mak aku tak pernah menolak....sebab mak aku memang suka tolong orang tua-tua kat kejiranan kami. Katanya, orang tuatua tu macam mak dia. Tiap-tiap petang mak aku akan pi bersembang dengan mak-mak angkat dia tu. Bila aku cakap..mak ni asyik pi bersembang ja...bukan nak dok umah, mak aku akan jawab..dia pi meraikan orang tua-tua. Mak aku cakap...orang tua-tua ni depa sunyi..jadi aku pi la jadi peneman depa. hehe..Ayah aku cakap yang mak aku wakil rakyat kawasan sini hahahaha.
Tapi..memang aku rasa sayu..selepas ni aku dah tak boleh tengok lagi tok su yg aku selalu tengok dia akan mengingatkan kepada arwah tok aku. Ya Allah..betapa rindunya aku. Bagi aku..mereka adalah ibarat penyeri...bila mereka sudah pergi...serinya seolah-olah telah hilang. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Al-Fatihah.
4 comments:
intan - apa khabaq - lama tak sembang2 dengan hang - blog pun dah tukaq warna...........
takziah..
alfatihah buat arwah tok su...
alfatihah .. moga roh tok su tenang ..
Post a Comment