Masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat hari raya kan? kan masih bulan Syawal?
Raya aku ok2 jer...tak terlalu sedih..tak juga terlalu happy...simple jerk..tapi..baju raya empat pasang tau!
Ok...just nak share sebuah kisah yg aku baca semalam dalam sebuah hadis, fadzilat sedekah tapi rasanya kisah ni tak ada kaitan dengan sedekah, tapi kisah ni sangat menarik utk aku kongsikan bersama kamu semua.
Seorang pemuda sedang bermusafir dan melalui sebuah perkampungan/padang pasir. Tiba-tiba dalam perjalanannya dia telah menemui 3 orang lelaki dan seorang wanita yg sedang mengusung jenazah. Wanita itu juga sedang mengusung jenazah tersebut bersama 3 lelaki itu, lalu pemuda itupun menolongnya kerana dia seorang wanita. Selepas pengebumian jenazah tersebut, maka pemuda td bertanya kepada wanita tersebut, jenazah siapakah ini? dan mengapakah wanita itu yg mengusung jenazah itu, tiadakah kaum lelaki yang boleh mengusung jenazah tersebut di kampungnya?
Kata wanita itu, jenzah tersebut adalah anakku. Dan ada ramai pemuda di kampung itu tetapi mereka tidak mahu menguruskan jenazah anakku kerana anak lelaki aku seorang lelaki yg telah dikasi dan bersifat kperempuanan. Mereka memandang hina kepadanya.
Kemudian pada malam itu, pemuda yg bermusafir itu telah bermimpi melihat seorang lelaki yg amat kacak dan wajahnya berseri-seri datang kepadanya. Pemuda itu bertanya kpd lelaki kacak itu, siapakah kamu? lelaki yg kacak itu berkata bahawa dia adalah jenazah yg dibawanya itu. Kata lelaki yg kacak itu bahwa Allah S.W.T telah merahmati dirinya kerana orang ramai telah menghinakannya.
Masyaallah! hebatkan cerita td? Bila manusia memandang hina kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu sebaliknya Allah S.W.T yang Maha Pengasih itu telah mengangkat darjat orang yg dihinakan itu. Kasih sayang Allah terlalu besar dan sukar utk kita sendiri menduganya, kadang2 kita sebagai manusia mudah saja memandang hina, jijik dan mengata2 kepada orang yg dilihat tak sempurna, tetapi Allahlah yang memandang, mengasihi dan mengangkat darjat hamba-hambaNYA.
Jadi..janganlah kita pandang hina pada orang lain terutamanya orang yg serba kekurangan, sebab orang yg dilihat hina di pandangan manusia sebenarnya lebih mulia di pandangan Allah S.W.T. Allah saja yg boleh meninggikan sesiapa sahaja yg Dia sukai, Allah juga boleh merendahkan sesiapa saja yg dikehendakiNya.
Wallahua'lam...
1 comments:
salam aidilfitri. mmg lama intan x layan blog kan..
kak ida pun bz jugak.. lama2 sekali update... hehe..
Post a Comment