Nuffnang Ads

Monday, August 22, 2011

10 malam terakhir Ramadhan..cepatnya berlalu pergi.

Tidak ada apa yg ingin aku katakan kecuali memanjatkan segala rasa syukurku pada Allah kerana sebuag ketenangan yg dirasakan sangat indah sedang bertapak di dalam hati ini. Ya Allah, aku syukuri segala nikmat dan kasih sayangMu kpdku...indahnya perasaan tenang ini....dalam bulan yg mulia yg akan berakhir tak lama lagi, terasa sayu kerana bulan yg lebih baik dari seribu bulan ini akan berakhir tak lama lagi.

Ya Allah, terima kasih atas nikmat ini....nikmat yg tidak dikurniakan pada mana-mana ummat pun sebelum ini dan hanya umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja yg bertuah mendapat keberkatan dan kemuliaan serta ganjaran dalam bulan ini. Rugilah bagi orang-orang yg menjadikan bulan yg mulia ini berlalu dengan sia-sia....alangkah...Ya Allah, jauhkan aku dari golongan yg rugi...

Tak lama lagi dah nak hari raya...Hari Raya yg merupakan Hari Kemenangan bagi ummat islam yg berpuasa dengan penuh keikhlasan serta melakukan amal ibadah yg lain di bulan Ramadhan. Ya Allah...berikanlah aku kekuatan, kesabaran...dan juga kemenangan...

Ya Rahman..Ya Rahim...Ya Aziz...Ya Jabbar.....Ya Rabbi...limpahkanlah...limpahkanlah kerahiman dan kasih sayangMu buat kami semua...amin ya rabbal alamin...

Kita dah sampai fasa 10 malam terakhir yg mengandungi satu malam yg lebih mulia dari seribu malam...ayuh!! kuatkan semangat dalam mengejarnya..Insyaallah moga dipermudahkan..amin.
Ya Allah..cepatnya masa sedang berlalu pergi...

0 comments: