The Secret of My Heart 2 Share With.....
Wednesday, November 11, 2009
Penyakit kita...

Jika kita melakukan sedikit kesilapan, kemudian orang memandang kesilapan kita sebagai senjata untuk menjatuhkan kita, merobek maruah dan kepercayaan kita malah membuatkan kita menjadi lemah...kesilapan yang sekecil kuman orang akan pandang seakan-akan ianya sebesar sang gajah sehingga kita tak dapat menutup bangkainya kelak? pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu melukakan hati orang lain untuk menyenangkan hati sendiri..setidak tidaknya kita gembira atas kesedihan dan kedukaan orang lain? kenapa kita perlu buat begitu? adakah kita akan gembira melihat orang lain sakit hati, bersedih dan sebagainya? tidakkah kita terfikir setiap perbuatan ada balasannya? apakah kita rasa hanya kita sahaja yang hidup dalam dunia ini..tiada orang lain bersama kita? atau apakah kita rasa..tiada yang melihat, memerhatikan kita, mendengar setiap kata hati kita, dan mencatit semua amal perbuatan kita? pernahkah kita terfikir akan kewujudanNya di setiap helaan nafas kita...
Sekiranya kita bermasalah sekalipun, perlukah kita heboh-hebohkan masalah kita kepada semua orang, biarpun masalah kita sebesar dunia sekalipun wajarkah kita menunjukkan wajah sedih dan ingin meraih simpati orang 24 jam? Kalau kita mengalami kesedihan, perlukah kita show off semua kesedihan kita dan memporak perandakan kehidupan kita? Rasanya tidak perlu, Tuhan bg kita akal untuk berfikir mana baik mana buruk...kenapa kita tak gunakan akal kita tu untuk memujuk hati sendiri...kuatkan semangat, kentalkan jiwa...ohh..how i wish i can be like that...smile and smile..pretend to be happy...to make everybody happy...and...i can do it!!
Jika kita berkata-kata tentang keburukan orang lain, pernah kita mengintai dan melihat keburukkan dan kelemahan diri sendiri? orang yang sentiasa mencari-cari kelemahan diri orang lain mungkin takkan nampak kelemahan dirinya sendiri. Percayalah cakap aku...
Kenapa mesti nak menuding jari kepada orang lain bila diri sendiri pun sebenarnya tak betul...kenapa mesti nak salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri? pernahkan kita terfikir kenapa kita jadi begitu? stress? apa hanya kita saja yg stress? orang lain tak stress..tak ada masalah? bukan manusia namanya jika tidak bermasalah...samada masalah tu kecil atau besar, semuanya terpulang kepada diri kita untuk menentukannya.
Baiklah, jika kita sakit hati dan sentiasa berhasad dengki dengan orang lain...kita suka sangat sakitkan hati orang lain..tak kiralah dengan perbuatan atau dengan kata-kata, itu tandanya kita mempunyai penyakit hati. Kalau kita menyedarinya, kenapa kita tidak mahu berubat? kenapa kita tak mahu ubah sikap kita? nak ubatnya? senang je...amalkan zikirullah sebanyak-banyaknya, hati yg hitam pasti akan bercahaya. Janganlah kita asyik mencari kesalahan orang lain aje...ataupun jika kita berperangai seperti budak-budak...benda yang kecil sengaja ingin diperbesar-besarkan, apakah kita merasa kita ini sempurna sifatnya? tak pernah buat salah? kenapa tak kita mencari jalan penyelesaian dengan baik? kenapa mesti kita hentamkan orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati...inilah penyakit orang kita...tidakkah kita terfikir orang lain juga mempunyai hati dan perasaan..sama seperti kita...
Sebagai manusia yg dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah s.wt., kita seharusnya memikirkan akan perkara-perkara ini, kita seharusnya menilai diri kita sendiri, bermuhasabah diri kepada yang Esa, berlaku baik sesama manusia..sekurang-kurangnya jika tak mampu sekalipun, didiklah hati kita..doronglah hati kita kepada perkara kebaikkan. Berdoalah...mintalah kepadaNya hati budi pekerti yang baik dan mulia..kerana ianya amat disukai Allah. Percayalah...Yakinlah..Tuhan itu maha mengetahui segala-galanya, Dia sentiasa ada dengan kita pagi petang siang dan malam...jika kita tahu akan kewujudanNya, tentunya kita kan menjaga setiap tingkah laku kita kan...anggaplah semua yang aku tulis ni adalah teguran kepada diriku sendiri...tak lebih daripada itu, kerana aku adalah manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan...sebagai manusia..aku sedar..aku dah banyak lupakan Dia..tapi..Dia tak pernah lupakan aku...lagipun aku bukannya alim ulama..siapalah aku nak menegur orang lain sedangkan diri ini penuh dengan palitan dosa...yang baik kita jadikan pedoman..yang buruk..jadikan sempadan. Semoga Allah merahmati diri kita semua.





6 Comments:
wah... bersyarah panjang cik adik kita ni... tpkan intan. bila kita terasa dgn seseorang atau tgh sedih, mmg kita perlukan somebody utk luahkan apa yg terbuku. Cuma x perlulah hebohkan kat satu dunia. nak buat mcmn dik.. kita nikan manusia yg ada hati dan perasaan dan bila2 boleh terguris. cuma kena pandailah kawal keadaan...
apa2 pun .. bykkan bersabar. tabahkan hati... n think positif. mungkin ada rahmatnya apa yg berlaku itu... take care intan sayang....
intan
kesimpulan dari cerita ' meluahkan perasaan ' tu..
kita diajar
kita belajar ajalah
dari semua tindakan yang dizahirkan....
sabar.
cari dimana betul dan silapnya kita...
hujung - hujung tahun ni memang musim banyak penyakit.
penyakit tunggu gaji...
penyakit hujan tak berenti-renti...
penyakit banjir...
macam-macam lagi la...
kak idasm:
hehehe...panjang ye kak...itu baru bersyarah...belum berleter lagi hehehe, betul tu kak, intan mmg perlukan somebody utk luahkan apa yg terbuku dihati...tapi intan takkan buat orang tak suka kita walaupun kita ada masalah besar sekalipun, kalau boleh disembunyikan masalah dan perasaan kurang enak tu, sedaya upaya intan nak sembunyikan..biar org ingat kita tak pernah ada masalah...tapi orang ni lain-lain kak..ada yg suka melepaskan kemarahan kepada orang lain...
yuppp..think positif! Allah maha mengetahui..thanks kak ida =)
jinggo:
hehe..macam tau tau je saya luahkan kemarahan saya dengan cara memberikan nasihat kepada diri sendiri...nak marah orang lain tak boleh, nak buat apa lagikan...memang kita perlu belajar dari pengalaman yg ada. tiada manusia yg sempurna...
one zaba:
agaknya sebab gaji lambatlah semua orang jadi cam ni kan...asyik nak naik angin kat orang lain..hehehe
Post a Comment
<< Home