The Secret of My Heart 2 Share With.....

Thursday, July 2, 2009

sekadar berkongsi..

Kelmarin dulu lepas je aktiviti malam kat umah (baca hadis dan tazkirah), mata aku layu sangat...masa adik aku dok baca hadis pun aku dah cuit-cuit kaki dia, bagi isyarat suh baca sikit-sikit, sebab aku dah letih sangat tapi depan ayah aku aku kena tahan gak la mata ni...adik aku pun baca cepat-cepat buku hadis tu kat kami (sebenarnya ikut giliran baca sorang satu buku). Lepas je habis tu..salam tangan mak ayah aku..aku pun ingat nak blah lah masuk tido terus..tetiba aje ayah aku buat pertanyaan yg dah lama gak la aku tak dengar "Kenapa sekarang ni ampa (kamu) semua dah tak bangun sembahyang tahajud?" soal ayah aku. Alamak!! Dah la mata mengantuk gilaa..tetiba jer dia pi tanya pasal solat plak. Kami semua tersengih-sengih macam kerang busuk je la..memang pun dah lama tak buat solat sunat tahajud, camna nak buat asyik membuta tak ingat dunia jaa..nak bangun subuh pun kekadang liat semacam jerk! Adoooii, aku ngan adik2 dok dia je la..aku ni cuma dok tunggu masa nak pi tido..pastu ayah aku kata lagi, "malam ni semua kena bangun solat tahajud! Faham?" aduhai..dia dah bagi arahan. Ayah aku ni garang gila kalau bab solat, aku dulu dulu pernah kena penampar ala rambo ngan dia sebab tak bangun solat subuh..huhuhu..sampai naik kebas muka aku..merah je pipi dua-dua belah kiri dan kanan..pi sekolah nak cakap pun tak bleh sebab muka jadi kebas hehehe..lawak plak bila aku ingat balik peristiwa tu, lepas je peristiwa tu..subuh aku boleh terjaga sendiri..tak payah mak aku kejutkan wahahahaha. Cuma bagi aku satu jer masalah nak bangun solat malam ni walaupun pahala dan kebaikan bangun tahajud ni banyak...aku pernah gak buat tahajud, tapi lepas je solat tu aku sambung tido dan terlepas solat yg wajib iaitu subuh!! Aduii..entah apa2 la aku ni..tu camna?? hmm..

Oklah..sekadar berkongsi pengalaman, dan nak share sikit apa yg aku dengar pasal solat ok..ada hadis yg berbunyi begini "solat adalah tiang agama, sesiapa yg mendirikan solat bermakna dia mendirikan agama, dan sesiapa yg meninggalkan solat adalah seperti dia meruntuhkan agama" hmm..beratkan bunyi hadis ni, tapi itulah kepentingan bersolat, selain mendirikan agama, solat juga dikatakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sebagai "penyejuk mataku", mendirikan solat di awal waktu akan menyebabkan kita mudah mendapat rezeki, dikasihi oleh Allah s.w.t, tetapi untuk para lelaki..rajin2lah gi solat kat masjid ye..dapat 27 kali ganda pahala tu..lagipun setiap langkah kaki kita tu akan dihitung oleh Allah sebagai pahala. Untungnya jadi lelaki kan? Tapi sekarang ni ramai juga tak ambil kisah pasal solat berjemaah di masjid, kerajaan kita buat masjid besar-besar tapi masjid tu semua sunyi dan kosong je, yg datang pun berapa kerat jer..kena tunggu hari jumaat baru penuh masjid2 tu semua, yg rajin ke masjid cuma orang tua tua jer..dimanakah kesedaran kita? bukankah tanggungjawab kita untuk memakmurkan rumah Allah? Kita fikirlah sendiri ok..sebagai orang islam aku cuma berkongsi pendapat dan apa yg aku belajar jer..tak lebih dari tu, dan ingatan ni untuk diri aku sendiri jugak hehe.
posted by Marzalina at 7:42 AM

16 Comments:

semoga menjadi anak yg solehah..
dan juga menjadi isteri yg solehah satu hari nanti...oppsss :P

July 2, 2009 9:52 AM  

CM:

intan ni tak daklah solehah sangat pun, tetiba jer teringat nak tazkirah sikit pagi pagi ni hehehe, thanks CM atas doa2 CM tu..setiap manusia rasanya semua nak jadi baik, tapi keadaan akan menentukan segalanya..wah..semacam je hehe..CM jgn lupa solat kat masjid noo..banyak pahala tu, rugi tak buat! hehe

July 2, 2009 10:25 AM  

ya Allah - permudahkan dan rahamatilah kehidupan sahabatan ku ini.........

July 2, 2009 10:33 AM  

Jinggo:

cikgu..terima kasih atas doa cikgu itu, kita saling doa mendoakan yg terbaik buat semua saudara kita..hanya doa je snjata bagi orang mukmin, tapi bagaimana kita nak berdoa kalau kita tak bersolat betul tak hehe..

July 2, 2009 10:41 AM  

timakasih ustazah!!!!

July 2, 2009 11:40 AM  

one zaba:

sejak bila plak cek ni jadi ustazah haa?? ustazah celuppp wakakaka!!

July 2, 2009 11:43 AM  

tetiba terase keciknya diri ini di sisiNYA... byknye kelemahan diri yg perlu diperbaiki...

terima kasih for sharing my ustazah...

July 2, 2009 11:54 AM  

Iena:

alamakk jangan la panggil saya ustazah...saya tak layak pun..adooii..tapi mmg betul kan, kita ni mmg kecik je disisiNya kalau kita renung balik semua amalan kita yg xseberapa ni kan..

p/s: ustazah rockkk muahahahaha

July 2, 2009 11:56 AM  

peh kongsian die... thank..

out of topic--> oh xsetuju ek..bro merapu rapan je la... sume org nk panduan...xperlu la xsetuju... mungkin bagi kamu xpenting..tp bg org len mybe penting sgt he..23x

minyak urut pun minyak gak..tp minyak lintah bro xde jual..just jual one drop perfume je...tgu la kedai dah besar sikit leh la jual bnde len...

July 2, 2009 11:56 AM  

Framestone:

a'ah..just ingat mengingati sesama kita hehe..amboi2 bro..kalau bab tu mesti la dipihak pompuan xkan setujuuu hehe..tapi dipihak lelaki kompom semua setuju kan kan..tapi org lain yg penting tu sapalah ek? haha

bro..juallah apapun yg baik dan halal..jgn dok jual orang sudah muahahaha

July 2, 2009 11:59 AM  

-aku pernah gak buat tahajud, tapi lepas je solat tu aku sambung tido dan terlepas solat yg wajib iaitu subuh!! -
ha.ha.ha..pengakuan yang jujur intan ya! Jadi the moral of story yg wajib itu lebih pentingkan...
ha.ha.ha..kalau Qaisara baca pun dia akan gelak ni..

July 2, 2009 5:47 PM  

Kak NB :

hehe, betul tu kak..moral of the story is yg wajib tu lebih penting dari yg sunat, sebab tu la intan liat sikit nak bangun solat malam kak..sebab takut bila buat solat malam, yg wajib pulak terlepas..

p/s: kak jangan cita kat qaisara ek..nanti dia gelak kat intan hehehe

July 2, 2009 5:53 PM  

terharu baca kisah intan ni. teringat zaman dok hostel dulu. sebulan sekali mesti ada qiamullail. boleh tahan garang ayah intan yea.
kak ida rasa intan pasti akan jd isteri yg solehah bila kahwin nanti.. hehe..amin! - bila nak kahwin yea...

July 3, 2009 4:56 AM  

idasm:

salam kak ida..tak adalah kak..intan ni bukanlah baik sangat pun, tapi dalam hati ada gak nak pasang niat jd isteri solehah hehehe...ayah intan mmg garang kak..kawen? alahai..tak tau la kak..belum jodoh lagi hehe.

July 3, 2009 7:55 AM  

ermm.. suka bangat akan kata-kata 'Solat sebagai penyejuk mataku..'

kata-kata yang sungguh indah ..

intan, t.kasih. Satu peringatan yang baik sekali utk direnungi kembali..

July 3, 2009 5:32 PM  

Rashid:

a'ah...solat adalah penyejuk mata Rasul kita..sungguh indah..sekadar ingatan sesama kita =)

July 6, 2009 10:42 AM  

Post a Comment

<< Home