The Secret of My Heart 2 Share With.....

Tuesday, November 10, 2009

Majlis perkahwinan

Akhirnya aku menggagahkan diri untuk mengapdet pasal kenduri kawen di Holiday Villa, Subang.

Majlis perkahwinan yang sangat meriah dan bagi aku memang berbaloilah, ternyata pilihan aku samada nak ke KL atau langkawi haritu memang tepat kerana aku pilih untuk menghadiri majlis perkahwinan dua pupu aku..alhamdulllah, layanan yang diberikan sungguh istimewa. Thanks to mami mariam selaku tuan rumah.
Jangan terkejut tgk pinggan aku tu..memang aku tamak bila bab-bab makan ni :p

Masa kendurilah baru aku dapat bersua muka dengan kaum keluarga sebelah ayah aku ni, yang kebanyakkannya aku tak berapa nak kenal...bila ada majlis begini, maka ayah aku pun memperkenalkanlah anak-anak dara dia yang pemalu ni hihihi.

Majlis memang meriah...tapi yang paling best adalah makanan yang disediakan semuanya enak-enak belaka dan cukup untuk buat aku kembali berisi..sampai nak jalan pun kena tahan nafas..hehehe. Majlis ni taklah formal dan ikut protokol sangat..aku makan dengan sebebasnya..barulah nikmat namanya...
Oh..jangan ada yang tersilap pula ye...nanti ada yg ingat aku pengantin pompuan sebab pakai 'over' sket..hehehe....sekali sekala je melaram kan...oklah..sampai disini saja apdet tuk kali ni. sekian wasalam.
posted by Marzalina at 12:11 PM 2 comments

Thursday, November 5, 2009

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

lagu: Afgan

posted by Marzalina at 8:04 AM 6 comments

Tuesday, November 3, 2009

Baby zarif yg tomei =)

Akhirnya dapat juga melepaskan rindu dekat budak botak nih..hehehe...pandai sungguh dia senyum bila aku nak amek gambar! very clever boy!!

Aku dah selamat balik penang semalam...cuak jugak bila naik keta ngan sepupu aku..dia bawa macam nak race je!! hadoiii...kering darah aku sepanjang perjalanan balik semalam, nyaris-nyaris nak accident tau tak...lain kali jangan harap la aku nak gi jalan jauh2 ngan dia...serikk u!! Tapi..syukurlah..semuanya selamat, masa di KL..aku tak sempat nak kemana pun, maklumlah..encik MGM tu ada..payahlah nak keluar ronda2 ni..tak apalah, lain kali aku gi sana lagi, insyaallah boleh jumpa orang2 yg memang aku nak jumpa hehehe..nanti kalau aku rajin aku boh la pic kat kenduri kawen tu yer...buat masa ni, mood aku malasss gila...ni pun kira boleh jugak hapdet hehe..

Minggu ni ada sukan la pulak..nak kena beli kasut sport lah..dah rosak kasut sport aku masa gi BTN haritu...minggu lagi satu pulak nak ke Melaka pula..ada Kursus...jalan jauh lagi..huhu...sebenarnya hati aku taklah happy sangat...banyak benda yg aku fikirkan dalam otak ni..tapi, biarlah aku tersenyum juga..kerana senyuman itu penawar duka =) tengok muka baby zarif ni..hilang semua duka aku..senyum jer kan..bestnya jdi baby ni..takyah pening2..main jer..happy sentiasa!!

Oklah..nak choww dulu ya..bye2.
posted by Marzalina at 4:06 PM 11 comments

Wednesday, October 28, 2009

Tak sedap hati!

Lately, aku selalu rasa resah. Kadang-kadang dalam hati aku jadi berdebar-debar tak menentu. Memang aku risau kalau perasaan aku jadi begini. Macam ada yang tak kena aje, hati diselaputi huru hara, rasa tak sedap hati!! Sungguh...bila aku berdebar-debar macam nak tercabut jantung macam ni..aku mula memikirkan pelbagai-bagai andaian. Ada apa-apa nak berlaku ke? Ya Allah, janganlah sesuatu yang buruk terjadi. Aku tetap risau...berkali-kali aku istighfar dan cuba tenangkan diri. Tapi perasaan itu tetap hadir.

Semalam, ayah aku kejutkan kami..dia suruh kami semua solat hajat. Ayah aku suruh kami doakan abang aku yang di KL. Aku mula risau...ada something wrong ke? hati mula berteka teki. Payah untuk aku ceritakan...tapi debar di dada aku rupanya berkait dengan abang aku yang jauh itu. Mulanya kami akan ke KL..pada Jumaat ni, tapi dipercepatkan sehari. Maknanya esok ayah dan mak akan ke sana berdua aje...aku dan adik akan menyusul kemudian..harap-harap semuanya akan OK.

Ya Allah, bantulah dia..
selamatkanlah dia..
dan sentuhlah hatinya dengan HidayahMU..
berilah dia jalan pulang..
ke jalan yang diredhai oleh MU..
amin3x.
posted by Marzalina at 7:41 AM 15 comments

Monday, October 26, 2009

jalan jalan hujung mingguku

Tengok kek tu...hehehe...teka ler siapa yang buat??

Anak dara MGM tetiba je diterjah angin rajin hehehe...(rajin kerrr) alah setakat buat kek sebijik..heboh sekampung ek? hahahaha...takdaklah, saja-saja aku buat kek ni, hari Jumaat tu..petang-petang sebelum balik kerja, sempatlah aku melayari tenet..dok cari resepi..konon rajin nak masaklah..tetiba je jumpa resepi wat kek coklat moist..aku pon print je la...balik je umah, terus aku cakap kat sarah..weh, aku nak wat kek la petang ni! Terkejut berukss adik aku tu...hahaha..ehemmm...so petang tu, aku pun gi la mencarix bahan-bahan buat kek...kebanyakan bahan dah ada kat umah, aku cuma gi beli coklat je.

Mampuslah mak aku mesti marah sebab aku ambik cherry dia hahaha..hentam sahalah labu! Lagipun kek ni aku buat kat dia jugak..sempena birthday dialah kononnya..padahal mak aku bukan suka makan kek sangat pun..saja-saja lah aku nak menghabiskan butter, susu dan tepung mak aku tu :p bukan senang aku nak jadi rajin kan kan kan...

Pagi-pagi Sabtu (taklah pagi sangat..actually dah tengahari pon) makcik aku sms..katanya nak ajak aku ke Yan Kedah. Disebabkan tak ada yang sudi ajak aku dating :(..jadi aku ikutlah makcik aku ke Yan Kedah..tapi mula-mula memang plan nak gi Yan sebab aku tak penah gi umah sepupu aku Kak Mie lagi..tetiba je makcik aku tukar plan..so kami ke Sg. Petani aje. Gi umah makcik aku...pastu kami makan kat gerai bawah pokok tu..cam best je nampak suasana gerai tu..redup!

Aku just order nasi ayam..kena makan nasi jugak perut aku ni. Makcik aku order laksa..adik aku samalah ngan aku, nasi ayam...pastu ais kacang dan cendol! Yummmyy!! lama tak makan cendol!! Lepas tu, kami lepak-lepak je kat umah makcik aku tu..pastu gi Bandar Puteri Jaya..gi tengok umah makcik izan aku yang dah siap...just tunggu nak renovate aje! cantiklah kawasan tu..rasa cam nak beli sebijik! hahaha..tapi camera aku dah kehabisan bateri masa tu..takleh la nak bergambo!

Kelmarin pulak..mak aku call..dia dah bising-bising suh aku gi kenduri kat kg Dodol..dia kata suh aku wakilkan dia sebab dia tak dapat pi. Aku punyalah malas nak giii sana..huhu..tapi bila kena leter tu..aku gagahkan diri jugak! Dan seperti biasa...kereta aku mengalami luka-luka kecil...bercalaq punyalah panjang adoooiiiii...sakitnya hati bila aku tengok!! Manalah tak calar..jalan kat situ punyalah sempit..bergoreslah keta aku ngan pokok-pokok kat situ. Tensi..tensi...kesian marka aku tuh! Lepas makan kenduri..aku n adik aku pun bercadang nak marayau-rayau seketika...destinasi kami ialah Queensbay Mall.

Masa kat Qbay..aku tak tau nak jalan gi mana..so, lankah aku laju je ke Borders. Konon nak ushar novel la..hehehe...tapi lupalah pulak, kalau aku beli kat Borders takleh dapat diskaun sebab xda member card...so, aku ajak adik aku jalan gi Popular plak. Haaa..belek punya belek novel..aku mulanya pegang novel saksi cinta tapi..entah kenapa novel SAS iaitu aku cinta dia begitu menggamit aku...so, aku beli novel kak pah. Dapat la diskaun guna popular card tu =)

Lepas tu lepak2 jap kat tepi pantai qbay tu..kan aku cakap..aku rindu nak lepak kat pantai. Tapikan..cam tak best jer..sebab banyak sangat pasangan couple2 kat situ..aku cam malas la nak lepak lama-lama coz tak nak terjoin jika dorang buat benda tak baik...mula-mula aku pusing punya pusing cari port baik..ternampaklah satu pasangan orang tua ni..macam pakcik makcik dan ada sorang budak kecil..may be anak dia kot..so kami pun lepak kat bangku sebelah
tu..hehehe...duduk kat situ adalah dalam 15 min..layan ambil pic dulu...baru blah balik umah!

Malam tu, macam biasalah..bila dah beli novel..kerja aku duduk mengadap benda tu je la..tapi aku sangat-sangat puas hati sebab memang berbaloi aku beli novel kak pah! Best gilerrrr lah cerita tu...kalaulah aku ada boyfren macam ustaz iqbal tu..bestnyaaa!! hehehehe..novel kak pah tak pernah menghampakan...kalau tak caya..try beli..aku cinta dia..! =)
posted by Marzalina at 9:54 AM 10 comments

Friday, October 23, 2009

Esok Cuti..jom dating!!!


Alangkah bestnya kalau dapat pergi bercuti...dapat lupakan semua masalah yang melanda. Lagi best kalau..dapat bercuti ngan geng sekolah aku...rindu lah kat depa! Terbayang-bayang kat mata aku...bercuti sambil tenangkan fikiran..melihat keindahan alam semulajadi, main kat pantai ke...mandi laut ke...lamanya tak mandi laut!! takpun...lepak-lepak kat tepi pantai sambil makan rojak...sedapnyaaa...sambil tu dapatlah rasa angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu..hah, duduk penang ni memanglah dekat dengan laut, tapi tak pernah aku pi pun! Dah lama aku tak beriadah camtu..asyik lepak kat umah je...tak bestlah hidup camni..boring!

Esok cuti....sapa nak ajak aku dating??? Jom2!! sms atau call je aku...ok? hehehe...harini encik MGM dan Puan MGM tak ada...jadi aku dan adik aku raya sakan lah hahaha, 2 hari merdeka tau tak!...macamlah aku ni kaki lepak kaki keluar rumah!! padahal bila mak ayah aku xda kat umah...aku n adik aku pun malas nak ke mana-mana...(dasar pemalasss!!!)
Tapi..aku ada rancangan jugak..rasa macam nak merayau-rayau kat shopping mall sambil cari novel terbaru..hehehe (tak habis2 ngan novel)...eh, tapi aku rasa cam nak duduk umah pulak..belajar memasak...ewah-ewah..banyaknya plan aku! nak masak apa? masak air? hihihi..tengoklah camna...kalau rajin..oklah.

Takpun jalan-jalan ke nite market batu feringghi...sambil cuci mata... :p
Oklah..harap-harap cuti kali ni, adalah ilham yang datang untuk sambung bab 5 yang terbegkalai tu..tulisan budak budak macam aku ni..takleh bagi orang lain baca...malu!!! hehehehe...Happy weekends semua... =)
posted by Marzalina at 9:35 AM 10 comments

Thursday, October 22, 2009

Selamat ulangtahun mak!!

Happy Birthday to my beloved mother...

Biarpun aku bukan seorang anak yang baik kepadamu..

Biarpun aku seringkali melukakan hatimu..

Namun..aku tetap mengasihimu...

kerana Kau adalah ibuku...

Dunia dan akhirat...

semoga Allah memberkati mu..
panjangkan umur mu..
dan membalas semua jasamu..
yang tak mampu untuk aku balas..
sepanjang hayatku..
dan memberimu sejuta kegembiraan
di sepanjang hayatmu...

Mmmmuuuaaahhhhh!!!!!

dari anakmu yang degil dan ketegaq:

intanmgm
posted by Marzalina at 9:01 AM 15 comments